Kucing Istimewa Ini Lahir Dengan Empat Telinga Hasil Mutasi Gen Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Istimewa Ini Lahir Dengan Empat Telinga Hasil Mutasi Gen

Share
kucing telinga empat

Seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing yang diambil untuk dibela dari sebuah pusat perlindungan haiwan mempunyai empat telinga.

Aslan, seekor anak kucing telah dilahirkan dengan sepasang telinga ekstra akibat mutasi gen yang amat jarang berlaku.

Menurut kajian pada tahun 1957 yang diterbitkan oleh Journal of Heredity, para penyelidik mendapati bahawa gen empat telinga adalah gen resesif yang jarang berlaku. Apabila terdapat dua ekor kucing yang membawa gen resesif membiak, kebarangkalian anak mereka lahir dengan empat telinga adalah 50 peratus.

Foto: Caters News
Foto: Caters News

Menurut Daily Mail, pemiliknya, Swati Komanduri, 41, membela Aslan selepas mengambilnya daripada pusat perlindungan haiwan Animal Safe Haven and Adoptions, yang menyelamatkan Aslan serta adik-beradiknya dari sebuah bengkel kereta tahun lalu.

“Saya mendapat panggilan bahawa terdapat 14 ekor anak kucing telah diselamatkan. Ketika saya pergi untuk mengambil mereka, saya diberitahu ada seekor anak kucing yang mempunyai empat telinga.

“Saya tidak pernah melihat kucing bertelinga empat. Saya bahkan tidak tahu mengenai mutasi ini,” katanya.

Walaupun mempunyai kelainan dari segi fizikal dan sedikit isu tentang pemakanan, Aslan tidak mempunyai masalah lain dan menjalani kehidupan yang normal seperti kucing lain.

“Ia adalah seekor kucing yang banyak bercakap dan suka bersosial. Ia suka pergi berjalan-jalan. Ia juga selalu berkeras untuk merasa segala benda dan jika kita beri makanan yang ia inginkan, ia akan mencurinya dan melarikan diri,” katanya.

Swati sering berkongsi aktiviti kucingnya itu di laman sosial TikTok, Facebook dan Twitter.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!