Wanita Ini Terkejut Jumpa Kucing Liar Afrika Diatas Katil );

Type to search

Cerita Eksotik Haimeow

Wanita Ini Terkejut Jumpa Kucing Liar Afrika Diatas Katil

Share
kucing liar

Pernahkah anda membayangkan kehadiran haiwan liar selepas menikmati rehat di katil? Sungguh tak disangka, itulah yang berlaku pada seorang wanita di Georgia, Atlanta.

Dunia seakan terhenti apabila Kristine Frank menjumpai seekor kucing liar Afrika yang sedang menggeram di tempat tidurnya, tambah pula dengan jarak 6 inci dari wajahnya!

Aduhai…

Haiwan itu ternyata seekor serval, kucing eksotik yang berasal dari Sahara Afrika dan secara tidak langsung ia telah menambahkan lagi ketakutan Frank.

liar

Berkongsi kepada CNN, Frank berjaya keluar dari biliknya secara perlahan-lahan dan memanggil suaminya untuk membuka pintu bilik tidur bagi membiarkan haiwan seberat hampir 40 paun itu keluar dari rumah.

“Masa tu, saya tertanya-tanya akan haiwan yang tingginya kira-kira dua setengah kaki itu ‘Apakah dia seekor bobcat atau anak harimau bintang?'”, soal Frank yang tinggal di kejiranan Brookhaven di Atlanta.

Bimbang jika diapa-apakan oleh haiwan tersebut, dia terus memaklumkan kepada kawalan haiwan dan Frank kemudian diminta untuk menghubungi Jabatan Sumber Asli (DNR).

Memiliki haiwan liar adalah haram di Georgia

liar

“Ada kemungkinan bahawa serval Afrika ini milik haiwan peliharaan seseorang,” lapor pihak DNR, Lt. Wayne Hubbard.

Dana Pertahanan Liga Haiwan (ALDF) menyatakan bahawa memiliki kucing liar adalah haram di Georgia tetapi tiada larangan persekutuan.

Pengurus Hal Ehwal Perundangan Kanan ALDF, Alicia Prygoski menegaskan bahawa pentingnya untuk melarang pemilikan kucing liar, kerana ia membahayakan anggota masyarakat lain.

“Kucing liar tidak boleh dimiliki secara peribadi,” kata Prygoski.

“Perdagangan kucing liar di negara ini benar-benar tidak diatur dengan baik, yang mengakibatkan banyak spesies kucing liar, termasuk serval, menjalani kehidupan mereka di rumah persendirian yang tidak sesuai untuk tingkah laku semula jadi mereka.” jelasnya lagi.

Usaha memasang perangkap di kawasan kejiranan Frank dilakukan dan bertujuan untuk menghantar haiwan liar tersebut ke tempat perlindungan di mana ia dapat menjalani kehidupan dalam habitat yang sesuai, kata Prygoski.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!