Comel! Gelagat Kucing Main Gelongsor Bersendirian Di Taman Permainan Tarik Perhatian Netizen );

Type to search

Cerita Haimeow

Comel! Gelagat Kucing Main Gelongsor Bersendirian Di Taman Permainan Tarik Perhatian Netizen

Share
Kucing gelongsor

Kadang-kadang kita juga memerlukan ‘me time’ ataupun masa bersendirian untuk melakukan apa yang kita suka supaya dapat lebih menghargai diri sendiri. Begitu juga dengan kucing ini.

Satu video tular di TikTok baru-baru ini menunjukkan seekor kucing bermain bersendirian di sebuah taman permainan di Singapura.


Baca Juga: Sibuk Nak Makan Juga, Oyen Gangster Selamba Lempang Geng Singa Laut Sedang Menikmati Masa Makan


Menerusi video yang berdurasi 15 saat yang dimuat naik @singaporecreator itu, haiwan itu kelihatan berseronok bermain gelongsor yang terdapat di taman itu.

Ia kelihatan menaiki dan menuruni gelongsor itu berulang kali dan gembira bermain seorang diri.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang berbelah bahagi melihat gelagatnya bermain seorang diri.

Ada yang terhibur melihatnya berseronok bermain gelongsor sementara ada juga yang kasihan melihatnya bersendirian dan mahu menemaninya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!