Kucing Marah Jadi Inspirasi Satukan Sejumlah Pemuzik Dari Pelbagai Negara Cipta Satu Lagu Epik );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Marah Jadi Inspirasi Satukan Sejumlah Pemuzik Dari Pelbagai Negara Cipta Satu Lagu Epik

Share
Kucing menyanyi

Tujuh pemuzik. Tujuh negara. Seekor kucing yang sedang marah.

Maka terhasillah satu karya agung yang memberi nafas baru dalam industri muzik dunia.

Seorang pemuzik berbakat dari Afrika Selatan, David Scott, menggubah satu lagu yang menampilkan seekor kucing yang sedang marah yang pernah tular sebelum ini bersama dengan enam pemuzik lain dalam satu kolaborasi yang epik.

Beliau disertai oleh Amanda Barbalho dari Brazil, Kryštov Hron (Republik Czech), Aksinia Khomenko (Rusia), Rachel Solomon (Amerika Syarikat), Helena Androsova (Ukraine) dan Benjamin Gögele (Jerman).

Youtube: The Kiffness

Video berkenaan tular di internet dan orang ramai begitu terkejut dan tidak sangka dengan hanya suara kucing yang sedang marah boleh menghasilkan satu karya yang hebat.

 

“Ini adalah lagu rasmi bagi planet bumi,” kata seorang netizen.

 

“Ada potensi untuk album,” kata yang lain.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!