Orang Ramai Tak Percaya Kebolehan Kucing Ni 'Menyelit' Bawah Pintu );

Type to search

Cerita Haimeow

Orang Ramai Tak Percaya Kebolehan Kucing Ni ‘Menyelit’ Bawah Pintu

Share
Kucing selit bawah pintu

Kucing adalah haiwan yang amat terkenal dengan fleksibiliti yang amat tinggi kerana keupayaan mereka untuk memuatkan diri di kawasan yang begitu sempit dan kadang-kala ‘tidak masuk akal’.

Disebabkan itulah haiwan comel ini sentiasa disamakan seperti cecair yang mampu merubah bentuk mengikut bekas yang diisi.

Pengguna TikTok, @stlrgrl8717 memuatnaik sebuah video yang menunjukkan haiwan peliharaannya itu ‘menyelit’ di bawah pintu untuk keluar daripada bilik.

“Kucing kami, Holly bertukar menjadi cecair dan keluar dari bilik melalui ruang bawah pintu,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Video tersebut berjaya meraih hampir 30 juta tontonan dan orang ramai begitu kagum dan terkejut dengan kebolehan si comel itu dan rata-rata meluahkan rasa tidak percaya mereka di ruangan komen.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!