Sejarah Kucing Yang Pernah Tinggal Di White House
Share

White House adalah kediaman dan bangunan rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat. Presiden dan keluarga akan menetap di White House selama pemerintahannya. Dengan memegang status ternama, mereka juga mempunyai haiwan peliharaan.
Kebanyakan presiden memilih kucing sebagai haiwan kesayangan dan tinggal bersama-sama di White House. Inilah antara kucing yang pernah tinggal di White House bersama Presiden Amerika Syarikat dan keluarga.
Presiden Abraham Lincoln, 1861-1865
Beliau adalah presiden pertama yang membawa kucing ke White House iaitu Tabby dan Dixie. Presiden Abraham Lincoln seorang yang sayangkan kucing. Beliau pernah menyelamatkan tiga ekor anak kucing tanpa ibu semasa melawat Jeneral Grant ketika Perang Saudara. Beliau juga sering bermain dengan kucing untuk menghilangkan stress ketika memerintah negara.
Presiden Rutherford B. Hayes, 1877-1881
Ini juga salah seorang presiden Amerika Syarikat yang sayangkan kucing. Kucing kesayangan Presiden Hayes bernama Siam. Siam adalah kucing pertama berbaka Siam yang tiba di Amerika Syarikat ketika itu. Kucing kesayangan ini hadiah daripada David B. Sickels, seorang diplomat Amerika di Bangkok.
Presiden Theodore Roosevelt, 1901-1909
Presiden Teddy Roosevelt mempunyai beberapa koleksi haiwan peliharaan antaranya adalah kucing. Kucing beliau bernama Slippers dan Tom Quartz. Slippers adalah seorang kucing yang gemar merayau di kawasan White House dan akan tertidur di lorong dewan di mana orang kenamaan yang hadir akan melalui lorong tersebut.
Presiden Calvin Coolidge, 1923-1929
Tiger, Blacky, Bounder, Timmie dan Smoky adalah kucing perliharaan Presiden Calvin Coolidge di White House. Snek kegemaran Blacky adalah krim di dalam piring dan gemar berehat di lif White House.
Presiden Gerald Ford, 1974-1977
Susan adalah anak perempuan Presiden Gerald Ford. Susan membawa kucing baka Siam yang cantik bernama Sham Shein.
Presiden Jimmy Carter, 1977-1981
Anak perempuan Presiden Jimmy Carter, Amy juga membawa kucing jenis Siam ke White House yang bernama Misty Malarky Ying Yang. Kucing kesayangannya itu gemar berehat di rumah anak patung tuannya sambil melihat Amy bermain biola.
Presiden Bill Clinton, 1993-2001
Socks kucing terkenal dan disayangi ramai. Presiden Bill Cliton membawa Socks ke WHite White dan disenangi ramai sehingga mempunyai buku dan lagu khas untuknya.
Presiden George W. Bush, 2001-2009
India adalah kucing kesayangan keluarga Presiden George W. Bush. India diambil oleh beliau sejak 1991 ketika anak kembarnya, Jenna dan Barbara berusia sembilan tahun.