Terlihat Kucing Sedang Dimakan Anjing, Pemuda Hanya Mampu Tengok Dari Jauh, Rupa-Rupanya Diorang Kawan - "Aku Kena Prank Rupanya" );

Type to search

Cerita Haimeow

Terlihat Kucing Sedang Dimakan Anjing, Pemuda Hanya Mampu Tengok Dari Jauh, Rupa-Rupanya Diorang Kawan – “Aku Kena Prank Rupanya”

Share
Kucing main dengan anjing

Seorang pemuda berkongsi sebuah video di TikTok menceritakan tentang satu insiden di mana dia melihat seekor kucing sedang ‘dimakan’ oleh dua ekor anjing.

Pemuda tersebut berkata dia hanya mampu melihat dari jauh nasib si bulus itu kerana dia takut akan anjing.

Video yang dimuatnaik di TikTok @kals_meow itu menunjukkan dua ekor anjing berkenaan datang ke arah si bulus itu dan terus menggigit bahagian lehernya. 

“Anjing tu makan kucing tu. Aku nak tolong tapi aku takut anjing.

“Aku tak tau nak buat apa masa ni. Kesian kat kucing tu,” cerita pemuda itu.

Setelah beberapa ketika, si bulus itu berdiri dengan eloknya tanpa sebarang kecederaan dan beredar dari kawasan tersebut.

Barulah pemuda itu perasan bahawa dirinya sudah tertipu kerana si bulus dan anjing-anjing tersebut sebenarnya sedang bermain.

Bukan hanya pemuda itu, netizen di ruangan komen juga ramai yang tertipu dan menyangka bahawa si bulus itu betul-betul sedang dimakan oleh anjing-anjing berkenaan.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!