Kalau dah namanya kucing, memang menjadi kebiasaan atau rutin untuk menjatuhkan barang-barang.
‘Baling batu, sembunyi tangan’ merupakan satu peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak mengaku atau bertanggungjawab apabila membuat sesuatu kesalahan.
Peribahasa ini sesuai sungguh menggambarkan gelagat si bulus dalam sebuah video tular di media sosial ini.
Baca Juga: Gadis Ini Terkunci Dari Luar, Oyen Tunjukkan Kehebatan Buka Tingkap Selamatkan Tuannya
Dalam satu video yang dimuatnaik pengguna TikTok @cocadanto, seekor kucing berlakon dan berpura-pura tidak bersalah setelah menjatuhkan kipas angin di hadapan pemiliknya dan anjing peliharaan.
Ia melompat daripada kerusi dan tidak sengaja terjatuhkan kipas angin yang berada di kerusi tersebut.
Mungkin panik dan tidak mahu dipersalahkan, ia terus meluru ke bilik air dan duduk di situ seketika.
Tuannya dan anjing itu berpandangan sesama sendiri terkaku dengan insiden tersebut.
Kucing itu kemudian berpura-pura membuka pintu bilik air dan keluar seperti tidak mengetahui apa yang berlaku.
Ia terus meluru ke kipas tersebut kononnya keliru dengan apa yang terjadi.
@cocadanto Ảo thật đấy 😂 ##cocadanto
♬ nhạc nền - Coca dân tổ