Sebuah Pesawat Terpaksa Patah Balik Ke 'Airport' Selepas Seekor Kucing Serang 'Pilot' Ketika Dalam Penerbangan );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

Sebuah Pesawat Terpaksa Patah Balik Ke ‘Airport’ Selepas Seekor Kucing Serang ‘Pilot’ Ketika Dalam Penerbangan

Share
Kucing Serang Pilot

Kita biasa dengar kapal terbang terpaksa berpatah balik semula ke lapangan terbang atas sebab-sebab tertentu seperti masalah enjin atau bahagian lain, dan juga sebab-sebab lain.

Tetapi lain pula kisahnya bagi sebuah pesawat Tarco Airlines ini, yang terpaksa berpatah semula akibat seekor kucing menyerang juruterbang di dalam cockpit.

Selepas setengah jam berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, kapal terbang yang sedang dalam perjalanan ke Doha, Qatar itu tiba-tiba ‘diserang’ oleh seekor ‘penumpang’ yang tidak diundang.

Penumpang berbulu tersebut muncul di dalam cockpit dan terus menyerang juruterbang yang sedang bertugas ketika itu.

Walaupun krew penerbangan berusaha sedaya upaya untuk menangkapnya, kucing itu nampaknya begitu agresif sehinggakan tiada siapa yang dapat mendekatinya.

Juruterbang lantas membuat keputusan untuk berpatah semula ke Khartoum kerana merasakan tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

Kucing tersebut dipercayai telah masuk ke dalam kapal terbang tersebut ketika ia sedang dibersihkan dan diselenggara untuk penerbangan berikutnya.

Ini bukanlah cubaan ‘rampasan’ kapal terbang pertama yang pernah terjadi.

Pada tahun 2004, satu insiden seumpamanya pernah dilaporkan di mana seekor kucing penumpang mengamuk, juga di dalam bahagian cockpit selepas melepaskan diri dari kurungannya. Kucing tersebut bertindak sangat agresif sehingga mencakar juruterbang dan kapal terbang itu terpaksa berpatah semula ke lapangan terbang asal.

Pada tahun yang sama, sebuah kapal terbang Bangladesh diserang oleh seekor kucing liar ketika dalam perjalanan domestik ke Dhaka. Seorang juruterbang terpaksa dirawat, tetapi mereka berjaya meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi. Apabila tiba di lapangan terbang, ‘pesalah’ berjaya melepaskan diri daripada kawalan keselamatan, tetapi akhirnya berjaya ditangkap di dalam lapangan terbang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!