Bimbang Dijangkiti COVID-19, Kucing Ini Turut Buat 'Swab Test' Untuk Pastikan Diri Negatif );

Type to search

Cerita Haimeow

Bimbang Dijangkiti COVID-19, Kucing Ini Turut Buat ‘Swab Test’ Untuk Pastikan Diri Negatif

Share
Kucing swab test

Ketika musim COVID-19 ini, banyak tempat yang mewajibkan ujian saringan bagi mengelakkan penularan wabak tersebut di kawasan mereka. kucing

Seekor kucing di China menarik perhatian pengguna internet apabila secara sukarela mahu dirinya diuji.


Baca Juga: Gadis Ini Terkunci Dari Luar, Oyen Tunjukkan Kehebatan Buka Tingkap Selamatkan Tuannya


Kejadian itu dipercayai di sebuah universiti di Chongqing di mana kakitangan dan pelajar dikehendaki mengambil ujian penambahan asid nukleik (NAAT) COVID-19, memetik laporan Mothership.

Menurut pelajar yang menyaksikan kejadian itu, haiwan berkenaan berlari ke tempat duduk yang kosong apabila melihat tiada sesiapa berada di situ dan duduk di kerusi tersebut.

Ia kemudian terus merenung tajam ke arah petugas itu, seolah-olah menunggu gilirannya.

Tidak mahu menghampakannya itu, petugas tersebut kemudian terus berlakon seolah-olah dia melakukan ujian calitan kepada kucing tersebut dengan menyentuh hidungnya menggunakan alat ujian berkenaan.

Menurut pelajar di situ, kucing itu merupakan penghuni di universiti berkenaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!