Akibat Tak Menyahut Panggilan, Kucing Ini Diseret Anjing Bawa Menghadap Pemiliknya );

Type to search

Cerita Haimeow

Akibat Tak Menyahut Panggilan, Kucing Ini Diseret Anjing Bawa Menghadap Pemiliknya

Share
Anjing bawa kucing

Kebiasaannya, anjing akan menyahut atau meluru kepada pemiliknya apabila dipanggil manakala kucing hanya akan mengendahkan atau hanya melihat apabila dipanggil.

Tetapi apa pula yang akan berlaku jika seekor anjing mendengar pemiliknya memanggil kucing peliharaan mereka?


Baca Juga: Sibuk Nak Makan Juga, Oyen Gangster Selamba Lempang Geng Singa Laut Sedang Menikmati Masa Makan


Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @dogandcatforever11, pemilik mereka pada mulanya menjerit memanggil si kucing yang bernama Xiaobao.

Mendengar panggilan itu, anjing itu yang bernama Tengteng terus bangun dan bergegas mendapatkan Xiaobao.

Ia kemudian menarik Xiaobao dengan menggigit bajunya dan membawanya menemui pemiliknya.

Menurut wanita tersebut, dia hanya memanggil nama Xiaobao dan tidak menyuruh Tengteng untuk membawa Xiaobao kepadanya, tetapi anjing itu sendiri yang berbuat demikian.

Video berkenaan berjaya meraih lebih tiga juga tontonan dan ramai yang terhibur dengan gelagat Tengteng dan Xiaobao.

@dogandcatforever11

I promise i just called Xiaobao’s name , not ask Tengteng do that 😂😍

♬ suono originale - 1680
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!