Kucing Pun Ada Tandas Awam? Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) Bina Kawasan Khas Untuk Si Meow ‘Membuang’ );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Pun Ada Tandas Awam? Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) Bina Kawasan Khas Untuk Si Meow ‘Membuang’

Share

Tidak dinafikan bahawa kucing sememangnya merupakan seekor haiwan peliharaan yang digemari ramai namun tabiat si meow yang gemar ‘membuang’ merata sering menjadi punca perbalahan sesama kucing dan pemilik.

Masalah ini pasti akan dihadapi oleh setiap insan yang memiliki kucing kerana secara habitatnya, ianya merupakan perkara normal bagi si meow.

Namun begitu, usaha Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) mewujudkan tandas kucing di Pasar Tasek Raja, dilihat berjaya mendisiplinkan ratusan haiwan berkenaan yang sering berkeliaran di sekitar kawasan itu.

awam

Kewujudan ‘tandas awam’ menyebabkan kucing-kucing terbabit tidak lagi membuang najis merata-rata sekali gus menyelesaikan isu kebersihan yang sering diadukan orang ramai kepada MDPM.

Difahamkan, semenjak tandas awam berkenaan diwujudkan, rata-rata kucing dilihat tidak kekok untuk memanfaatkan kemudahan awam yang disediakan apabila si meow mula ‘melepaskan hajat’ tanpa perlu diajar sesiapa.

Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid berkata, sebanyak empat tandas kucing diwujudkan di kawasan tersebut sejak Februari lalu.

awam

Katanya, idea luar kotak itu terhasil menerusi mesyuarat MDPM bersama Jawatankuasa Bandar Tasek Raja dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria memandangkan lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai.

“Sejak tandas ini diperkenalkan, kita berjaya ‘mendisiplinkan’ kucing-kucing liar di kawasan ini untuk membuang najis di tempat yang disediakan. Secara tidak langsung kita berjaya mewujudkan persekitaran lebih sihat dan bersih.

“Sebelum ini, haiwan terbabit kerap mengotorkan kawasan pasar sehingga menyusahkan peniaga selain memburukkan imej pasar di mata pengunjung,” katanya.

awam

Satu usaha yang baik ditunjukkan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan diharap ianya bakal dijadikan contoh dan ikutan buat negeri-negeri lain pula selepas ini.

Sekurang-kurangnya, tiada lagi masalah bau najis kucing dan si meow juga secara tidak langsung akan menjadi lebih bersih dan sihat.

 

[Sumber]: utusan

 

Baca: Warga Emas Di Perak Belanja RM2,000 Sebulan Jaga Lebih 100 Kucing Dan Anjing Jalanan

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!