Kucing Panjat Balkoni, Terjatuh Dalam Kereta Dari Tingkat 10 );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

Kucing Panjat Balkoni, Terjatuh Dalam Kereta Dari Tingkat 10

Avatar
Share
Terjatuh

Malang tidak berbau. Seekor kucing berdepan detik cemas apabila terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut laporan Kosmo, terdapat saksi kejadian yang terdengar bunyi mencurigakan yang agak kuat seolah-olah ada sesuatu melanggar atau melompat dari atap tambahan yang di pasang pada rusuk rumah strata itu.

Saksi berkata, dia kemudiannya terdengar bunyi hentakan di kawasan parkir bawah pangsapuri yang didiami.

Kucing berwarna kelabu belang hitam atau jenis tabby cat ini difahamkan telah memanjat balkoni rumah sebelum terjatuh ke bawah dari tingkat 10.

Terjatuh
Semoga cepat sembuh Meow
Terjatuh
Mujur jatuh terus dalam tingkap kereta

Si comel itu kemudian ‘mendarat’ ke bahagian tingkap atas sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir. Sun roof kereta tersebut pecah dan kucing terpelanting di dalamnya. Mujur lah ada kereta yang ‘menyambut’ si comel ini secara tidak sengaja. Sekiranya jatuh tersembam ke atas jalan raya, memang menangis lah pemiliknya.

Difahamkan kucing itu telah dihantar ke sebuah klinik haiwan untuk rawatan lanjut. Moga-moga si comel ini tidak mengalami kecederaan dalaman yang serius. Terima kasih kepada individu yang prihatin terhadap si comel kurang bernasib baik ini.

Sekadar peringatan bersama buat semua pemilik kucing yang mendiami rumah jenis strata seperti pangsapuri atau flat untuk bersikap lebih prihatin dengan keadaan sekeliling.

Kalau rumah tu terdedah, pasanglah jaring (net) atau penghadang bersesuaian bagi mengelakkan kucing anda terjatuh dari tingkat atas. Jadilah seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab. Kita tegur kita menang.

Trivia – Kebanyakan kucing corak tabbies merupakan jenis kucing gelandangan yang selalu kita nampak. Tabbies terdapat dalam banyak warna tetapi yang paling biasa adalah warna coklat atau coklat/kelabu.

Terjatuh, Kucing
Kucing corak tabby yang biasa kita nampak Foto/Catster
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!