Terpisah Semasa Tuannya Dipukul Teruk, Selepas 3 Tahun Kucing Ini Disatukan Semula );

Type to search

Cerita Haimeow

Terpisah Semasa Tuannya Dipukul Teruk, Selepas 3 Tahun Kucing Ini Disatukan Semula

Share
terpisah

Bayangkan jika korang terpisah dengan orang kesayangan. Mesti sedih kan?

Itu lah nasib seekor kucing bernama Baloo yang telah terpisah dengan tuannya buat 3 tahun lamanya.

Baloo bahkan menjadi saksi untuk insiden ‘gelap’ yang berlaku pada tuannya dan ketika itulah mereka berdua terpisah seketika.

Serangan keganasan

Pada 2018, Keesha Davis dan teman lelakinya ketika itu, Eric Alsobrook, telah pergi ke Oregon City untuk bercuti.

Haiwan peliharaan Keesha iaitu Baloo dan juga anjingnya, Penny juga mengikuti perjalanan mereka ke Oregon City.

terpisah

Perjalanan yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat Keesha telah berubah menjadi mimpi ngeri apabila Eric melakukan serangan keganasan yang bertubi-tubi kepadanya.

Keesha dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk kerana Eric telah menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang. Antara kecederaan wanita itu adalah seperti wajahnya dikelar, tikaman pada paru-paru, orbit mata dan hidung patah, kecederaan pada otak.

Walau bagaimanapun, Eric berjaya ditahan polis sewaktu gagal melarikan diri bersama Keesha.

Keesha yang ditemui dengan tubuhnya berlumuran darah masih memikirkan tentang Baloo dan Penny, risau jika kedua-duanya lari selepas melihat kejadian yang berlaku pada tuannya.

Baloo hilang dan akhirnya jumpa

Menurut pegawai polis, Penny selamat dan telah dibawa oleh pihak berkuasa untuk menunggu Keesha selesai dirawat di hospital.

Tapi, mereka tidak dapat menjumpai Baloo sehinggalah selepas 3 tahun menghilang.

Pertemuan semula Baloo dan Keesha dibantu oleh 3 orang wanita iaitu Carmela Nielsen, Kellie Griffiths dan Janice Saban.

 

terpisah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!