Sebak, Kucing Ini Ucap Selamat Tinggal Kepada Sahabat Baiknya Yang Pergi Kerana Kanser

Type to search

Cerita Haimeow

Sebak, Kucing Ini Ucap Selamat Tinggal Kepada Sahabat Baiknya Yang Pergi Kerana Kanser

Share
Kucing kematian sahabat

Kehilangan sahabat baik adalah salah satu perkara yang amat menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika sahabat itu adalah seseorang yang tinggal dan meluangkan masa seharian bersama kita.

Seekor kucing yang bernama Big Boy, telah kehilangan sahabatnya, Chuey akibat kanser. Mereka berdua sudah tinggal bersama sejak sekian lama bersama pemilik mereka dan menghabiskan masa seharian bersama-sama.

Walaupun ada kalanya mereka tidak sebulu dan bergaduh , kedua-dua kucing itu mempunyai hubungan yang amat istimewa.

Ketika Chuey meninggal dunia, pemiliknya membenarkan Big Boy mengucapkan selamat tinggal kepada rakan baiknya itu. Pemiliknya meletakkan tubuh Chuey di dalam selimut lalu meninggalkannya di dalam sebuah bilik dan membiarkan Big Boy masuk ke dalam bilik itu untuk memberi penghormatan terakhir.

Big Boy dilihat menghidu tubuh Chuey itu dan cuba membangunkan rakannya itu dengan menggerak-gerakkan dan menggigit tubuhnya.

Setelah beberapa ketika, barulah ia sedar dan faham bahawa sahabat baiknya itu telah pergi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!