Lambat Pergi Kerja Si Bulus Menyorok Bawah Tayar Kereta );

Type to search

Cerita Haimeow

Lambat Pergi Kerja Sebab Si Bulus Menyorok Bawah Tayar Kereta

Share

@awsqarny dari Terengganu telah berkongsi cerita di laman Twitternya yang cuba memujuk anak kucing sedang menyorok di bawah kereta pada jam 8.15 pagi sebelum bergerak untuk ke tempat kerja.

Terdengar bunyi anak kucing, @awsqarny segera melihat di bawah kereta dan ternampak anak kucing di celah ruang tayar.

‘Disebabkan dia kecil, dia muat duduk dalam ruang tayar’, katanya.

Cara memujuk anak kucing supaya keluar daripada ruang tayar tersebut agak lama. Pelbagai cara yang telah digunakan termasuk letak makanan.

Beberapa lama kemudian, akhirnya si bulus yang comel keluar selamat keluar setelah kereta di tepuk dari luar.

Tweet yang mencecah 4k itu telah mengingatkan ramai orang bahawa pada musim hujan ini, sebelum start enjin periksa dulu bawah kereta, dalam enjin kereta atau tayar. Takut ada kucing yang tumpang berehat. 

Mungkin kucing yang tidak bertuan, tiada tempat berteduh dan kesejukkan. Kesian, kan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!