Penyanyi Ini Lancar Audio Rasmi 'Alugalug Cat' X The Kiffness Di Spotify

Type to search

Cerita Haimeow

Penyanyi Ini Lancar Audio Rasmi ‘Alugalug Cat’ X The Kiffness Di Spotify

Share

Pastinya ramai sudah mendengar audio kucing mengiau featuring dengan beberapa pengguna media sosial di TikTok seperti gadis berambut purple ini. 

Namun, seorang penyanyi yang cukup dikenali sebagai The Kiffness baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagu berjudul Alugalug di Spotify.

“Eh! Bukan ke itu lagu kucing mengiau yang viral tu?” 

Betul. Ramai yang sudah melakukan featuring bersama audio kucing tersebut di TikTok dengan pelbagai versi termasuklah dengan The Kiffness aka David Scott.  

Alugalug Cat X The Kiffness

Pada tarikh 15 Mei yang lalu, The Kiffness telah memuatnaik ciptaan lagu kolaborasinya bersama rakaman kucing mengiau dalam versinya sendiri di laman TikTok.

@thekiffness

My most ambitious internet collab to date #remix #livelooping #tiktoksouthafrica #cat #singingcat

♬ original sound – The Kiffness

The Kiffness mengatakan bahawa ia adalah kolaborasi internetnya yang paling unggul buat setakat ini.

“Sebelum ini saya juga pernah berkolaborasi dengan beberapa orang. Internet membolehkan saya untuk menghasilkan lagu dengan pemain drum jalanan Turki @bilalgoregen dan meme uteh yang cukup sensasi.

@thekiffness

The Kiffness – Ievan Polkka ft. Bilal Göregen (Club Remix) out now #ievanpolkkachallenge #VibeCat #bilalgoregen #tiktoksouthafrica #tiktokturkey

♬ Ievan Polkka – Club Remix – The Kiffness

Bagi penggiat seni, idea tu memang datang tanpa diduga. Sekali idea dah datang tu memang kita tak sangka dengan hasilnya.

Mula-mula The Kiffness hanya mengambil rakaman seekor kucing yang terdengar aneh yang dikenali sebagai “Alugalug Cat” dan mengubahnya menjadi alur yang halus dan lembut.

“Saya hanya tambahkan rentak elektronik dan vokal baldu yang tepat pada melodi meow kucing, dan upload di Tiktok tapi tak sangka ramai yang view,” kata The Kiffness.

Sebilangan besar penonton menganggap lagu itu ‘legenda’ dan meminta versi yang lebih panjang.

Hari ini, The Kiffness menghebahkan di Instagramnya bahawa audio rasmi Alugalug Cat x The Kiffness miliknya telah dilancarkan di Spotify. 

alugalug
Sumber: instagram/thekiffness
alugalug
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!