[VIDEO] Tertimbus Lumpur Panas Akibat Letusan Gunung Semeru, Kucing Ini Masih lagi Bernyawa );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Tertimbus Lumpur Panas Akibat Letusan Gunung Semeru, Kucing Ini Masih lagi Bernyawa

Share

Gunung Semeru hari ini secara mengejut telah menghasilkan abu asap tebal setinggi lebih 12,000-meter ke langit, dan sekaligus telah mengakibatkan pembakaran terbuka.

Letusan itu secara tidak langsung telah menyebabkan jumlah korban terkumpul sebanyak 34 orang, manakala 17 orang lagi masih hilang.

Namun begitu, selain daripada hidupan manusia, tumpuan juga terarah kepada hidupan kucing yang dikatakan turut menerima nasib yang sama.

semeru

Tular di media sosial apabila seekor kucing yang kelihatan tertimbus, ditemui masih lagi bernafas.

Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.

Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.

 

Melihat perkongsian berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan gembira sebaik melihat kucing berkenaan masih terselamat.

semeru

semeru

Tidak dinafikan bahawa letusan gunung seperti ini boleh meragut banyak nyawa termasuklah haiwan kucing.

Walaubagaimanapun, kucing berkenaan tersangatlah beruntung kerana masih lagi bernyawa dan terselamat daripada letusan gunung Semeru itu. Harapan penulis agar kucing tersebut dapat membesar dengan sihat dan sebaiknya

Bersempena dengan tragedi di Gunung Semeru ini, kan lebih elok jika kucing berkenaan dinamakan Semeru kan?

 

[Sumber: kosmo]

 

Baca Juga: “Sedih Tak Terkata” Reaksi Pemuda Ini Menangis Meratapi Kematian Kucingnya, Sentuh Hati Warganet

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!