Kucing Antara 10 Haiwan Yang Dilukis Menjadi Taman Botani Versi Cat Air Berwarna-Warni );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Antara 10 Haiwan Yang Dilukis Menjadi Taman Botani Versi Cat Air Berwarna-Warni

Share
cat air

Realitinya, semua haiwan menikmati hari yang indah di luar. Tak kira sama ada di kawasan perumahan, laut, hutan dan sebagainya.

Bagi seorang pelukis Jepun, Hiroki Takeda mengabadikan keindahan hubungan antara haiwan dan alam semula jadi kepada siri lukisan cat air.

Dengan berdasarkan palet warna merah jambu dan merah yang cerah, dia merancang gambaran haiwan yang mengandungi taman rahsia bunga dan rumput.

Lukisan cat air yang diilhamkan dari taman botani ini menampilkan 10 haiwan. Antaranya seperti kucing yang comel, anjing karismatik, hamster, burung dan lain-lain.

Setiap daripada lukisannya, Takeda menggunakan bentuk binatang sebagai garisan panduan bagi syurga alam. Biasanya setelah melukis outline, bahagian tekstur tubuh haiwan perlu ditambah untuk melengkapkan sesuatu subjek, tetapi, Takeda telah mengisinya dengan pelbagai jenis kehidupan tumbuhan.

Mesti cantik kan? Mari kita selami karya seni cat air pelukis Jepun ini!

Kucing

Anjing

Hamster

Ikan

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Badak sumbu

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Cicak

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Biri-biri

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Burung hantu

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Kuda pony

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Burung helang

cat air
Sumber: Instagram/takeda_hiroki

Menerusi lakaran-lakaran cat air ini, anda boleh lihat bentuk kepala anjing dihiasi dari tumbuhan bunga, guguran daun dijadikan paws kucing, dan pokok anggur merintih di atas badan badak sumbu yang besar.

Takeda sering melengkapkan komposisi yang mempesonakan ini dengan kehadiran rama-rama yang sedang mengembara.

Anda boleh membeli karya seni asli cat air ini serta lukisan yang lain di kedai atas talian Takeda, dan mengikuti perkembangan ciptaan terbarunya dengan mengikuti artis di Instagram.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!