Macam Naga dalam How To Train Your Dragon, Anak Kucing Ini Raih Populariti di IG );

Type to search

Cerita Haimeow

Macam Naga dalam How To Train Your Dragon, Anak Kucing Ini Raih Populariti di IG

Share
naga

Dalam filem animasi How to Train Your Dragon, seekor naga yang digelar sebagai Toothless merupakan salah satu watak penting dan disebut sebagai unik kerana memiliki empat telinga.

Siapa sangka, karakter Toothless sebenarnya ada di dunia, nyata namun wujud dalam bentuk kucing.

Miliki 4 telinga!

Seekor kucing yang bernama Midas mendapat perhatian ramai apabila haiwan comel ini memiliki 4 telinga. Kucing baka Russian Blue ini dikatakan memiliki telinga unik ini selepas si bulus ini mewarisi gen mutasi daripada ibunya.

BACA JUGA: [VIDEO] Anak Kucing Kehilangan Ibu? Kotak DIY Ini Boleh Bantu Si Bulus Menyusu Dengan Mudah

Menurut sumber, telinga unik yang dimiliki oleh Midas tidak memberi impak yang buruk kepada si bulus ini. Sebaliknya, Midas memiliki tingkah laku dan fizikal seperti kucing yang normal. Comel habis!

Midas kini menjadi popular di Instagram kerana iras dengan naga Toothless dan mempunyai puluhan ribu peminat selepas akaun pemilik haiwan itu di laman sosial tersebut dibuka sejak tiga minggu lalu.

Menurut tuan Midas, dia berharap kewujudan Midas akan mengubah perspektif orang ramai terhadap haiwan peliharaan yang memiliki bentuk dan saiz yang berbeza.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan, dan tidak membeli kucing yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

[Sumber: Sinar Harian, Instagram Midas_x24]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!