'Mengopi' Sambil Ditemani Sekumpulan Kucing Comel Di Gato Cafe, Brazil );

Type to search

Cerita Haimeow

‘Mengopi’ Sambil Ditemani Sekumpulan Kucing Comel Di Gato Cafe, Brazil

Share
mengopi

Jika anda di kalangan yang gemar ‘mengopi’ dan juga seorang pencinta haiwan seperti kucing, semestinya tempat ini ibarat ‘port’ lepak anda.

Tempat ‘mengopi’ itu dinamakan sebagai Gato Café yang terletak di pusat bandar Rio de Janeiro, dimana mereka melengkapkan minuman kopi dan teh dengan peneman istimewa iaitu kucing!

mengopi

Sumber: Reuters

Dibina dengan interior berdinding merah muda, pelanggan dapat membeli latte yang ditaburi silhouettes kucing dan disertai dengan biskut berbentuk paws.

Kucing-kucing ini akan bersantai untuk menemani waktu lepak anda di kafe ini. 

mengopi

Sumber: Reuters


mengopi

Sumber: Reuters

‘Mengopi’ sambil mengasuh kucing terbiar

mengopi

Sumber: Reuters

Kafe kucing pertama kali dipopularkan di Asia, di mana ia berasal dari Taiwan pada tahun 1998.

Selain menawarkan syarikat kucing, Gato Café, yang dibuka pada bulan Julai lalu, secara serentak berfungsi sebagai platform untuk mengasuh kucing terbiar yang diselamatkan oleh organisasi bernama Bigodes do Bunker (Bunker Misai).

Apabila pemilik haiwan jatuh sakit dan meninggal dunia, haiwan peliharaan milik mereka tiada tempat bergantung dan akhirnya terabai. 

“Tambah pula dengan pandemik, menyebabkan lebih daripada 10 juta kucing tanpa rumah kerana kesempitan wang yang dihadapi oleh pemilik haiwan untuk menanggung makhluk berbulu ini,” kata pengasas Giovanna Molinaro, yang terinspirasi untuk membuat kafe itu setelah perjalanan ke Jepun di 2018.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!