Gelagat Si Meow Makan ‘King Crab’ Seperti Orang Kaya, Buat Netizen Telan Air Liur );

Type to search

Cerita Haimeow

Gelagat Si Meow Makan ‘King Crab’ Seperti Orang Kaya, Buat Netizen Telan Air Liur

Share

Makanan jenis kibbles ataupun wet food merupakan satu kewajipan buat si meow yang lapar dan rata-rata daripadanya amat menggemarinya.

Namun pernahkah anda melihat seekor kucing makan makanan seafood?

Ye, memang benar bahawa terdapat pelbagai perisa makanan seafood dijual di pasar raya yang sesuai untuk kucing.

king

Namun, makanan seafood yang penulis maksudkan di sini adalah ‘King Crab’!

Video di bawah menunjukkan betapa mewahnya si meow ini apabila dihidangkan ‘King Crab’ oleh pemiliknya.

 

Perkongsian video ini telah tular di laman media sosial sehingga mendapat 320.8 ribu tanda suka di aplikasi Tiktok.

Lebih menarik perhatian, kucing berkenaan dilihat mendapat layanan yang sangat istimewa dan manja kerana disuapkan oleh tuan pemiliknya.

Berbekalkan sudu dan garfu, si meow kelihatan seakan-akan seperti si raja yang sedang menikmati santapan diraja.

king

Walaubagaimanapun, kucing tersebut sememangnya beruntung kerana dapat menikmati makanan selazat itu dan pastinya akan dicemburui oleh kucing-kucing lain.

Hakikatnya, penulis sendiri pun terasa sedih sebab seumur hidup belum pernah lagi makan ‘King Crab’!

 

Baca: Kucing Oyen Tewas Di Tangan Kucing Kelabu? Kerana Ketakutan, Almari Tinggi Pun Sanggup Diredah
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!