MeowTalk Terjemah Bahasa Kucing Kepada Bahasa Manusia );

Type to search

Cerita Haimeow

Aplikasi MeowTalk Terjemah Bahasa Kucing Kepada Bahasa Manusia

Ain Huda
Share

Alangkah seronoknya kalau kita sebagai manusia memahami bahasa si bulus. Tak adalah asyik ‘meow’ tanpa maksud. Mungkin ada perkara yang si bulus nak tapi tak kesampaian sebab kita tak faham.

Dengan aplikasi MeowTalk membantu translate bahasa kucing kepada bahasa manusia yang sememangnya kita faham. Aplikasi ini akan terjemahkan perkataan ‘meow’ dengan serta-merta kepada bahasa manusia.

Setiap bunyi ‘meow’ mempunyai maksud berbeza. Keunikan dan kesesuaian bunyi kucing bergantung kepada kelantangannya.

Aplikasi tersebut mempunyai 13 frasa kata seperti ‘berikan makanan, saya marah dan tinggalkan saya sendirian’. Dengan kemudahan ini akan membantu penjaga kucing untuk memahami dan melayan kerenah si bulus.

Pemilik kucing akan memberi label setiap bunyi kucingnya untuk diterjemahkan dan membuat pengkalan data perisian AI. Data yang terkumpul berbeza mengikut profile penjaga kucing dan kucing itu sendiri. MeowTalk akan merakam suara kucing dan mengenal pasti maksud perkataan kucing.

Juga diingatkan, aplikasi ini bukan menterjemah bahasa kucing kepada bahasa manusia secara keseluruhan tetapi dapat membantu memahami perilaku si bulus dan kehendaknya. Kajian ini mengatakan aplikasi MeowTalk bergantung kepada pemilik kucing yang akan menterjemahkan suara kucing mereka untuk berkomunikasi, mungkin ada beberapa maksud yang kurang tepat.

Menggunakan aplikasi ini, pemilik kucing akan lebih memahami dan boleh mentafsir bahasa kucing. Jika kucing mengeluarkan bunyi ‘purr’ atau seperti sedang menggeram, tidak semestinya kucing berasa gembira dan bahagia, mungkin juga mereka memerlukan kasih sayang atau menunjukkan mereka tidak selesa.

Tujuan aplikasi MeawTalk ini untuk membolehkan tuan dan kucingnya berkomunikasi, memahami perasaan kucing dan sekadar hiburan untuk mengeratkan hubungan antara si bulus dengan tuannya.

Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.

Sekarang anda boleh berbual dengan kucing kesayangan!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!