Mitos Kucing, Haiwan Suci di Era Mesir Kuno - Verst Cerita

Type to search

Cerita Haimeow

Mitos Kucing, Haiwan Suci di Era Mesir Kuno

Share

Era Mesir Kuno merupakan salah satu era yang paling terkenal dan hampir semua penduduk di muka bumi ini tahu akan zaman itu. Ini kerana pada zaman itu juga dikenali dengan zaman Firaun yang terkenal dengan kezaliman, lukisan-lukisan Mesir, Piramid Purba, Sphinx dan Cleopatra.

Pada zaman tersebut, binatang seperti kucing sangat di agungkan oleh rakyat. Manusia yang sekejam-kejam Firaun juga sangat mengagungkan kucing tau ! Pada masa dinasti Firaun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja kerana dianggap sebagai titisan dewa.

Orang pada Era Mesir Kuno sangat menghormati makhluk yang wujud di dunia ini terutama kucing. Walaupun dalam masa yang sama mereka menyembah beberapa makhluk lain, tetapi mereka sangat sukakan kucing sehinggakan meletak keselamatan kucing lebih utama daripada keselamatan diri.

Tetapi tahukah anda , kenapa mereka sangat mengagungkan kucing.

1. Pelindung Dan Penjaga Makanan

Pada zaman dahulu, kebanyakan sumber pendapatan hasil daripada petanian dan mereka menghadapi pelbagai masalah dengan makhluk perosak seperti tikus dan ular.

Semua sedia maklum bahwa kucing sangat suka memburu. Dan bakat memburu mereka disedari oleh orang mesir kuno. Oleh itu, kucing berperanan penting dalam memastikan hasil tanaman mereka selamat

Seterusnya, banyak tuan rumah akan meninggalkan makanan untuk kucing supaya menarik perhatian mereka untuk datang dengan lebih kerap sehinggakan hampir setiap rumah mempunyai kucing mereka sendiri.

Bagi mereka, hubungan mereka dengan kucing akan mendapat untung bersama, iaitu kucing akan mendapat manfaat dan juga manusia. Kucing mendapat makanan daripada manusia dan manusia mendapat khidmat kucing untuk menjaga hasil pertanian mereka

2. Kepercayaan Dan Mitos

Pada zaman dahulu, kisahnya di mana Dewa Matahari Mesir Kuno, Re, sangat marah kepada manusia dan mengirim puterinya yang berkepala singa, Sakhmet, untuk menghukum orang-orang di bumi.Apa yang digambarkan, Sakhmet sangat kejam dan ganas jika dia membalas dendam. Re menyedari akan dirinya sudah membuat silap kerana menurunkan Sakhmet ke bumi.

Untuk menenangkan Sakhmet, Re menghujani puterinya dengan anggur merah sebagai penganti darah. Sakhmet merasa sangat gembira dan puas lalu tertidur meringkuk. Sejak dari itu, bentuk kucing menjadi lambang baik dan buruk. Namun ia tidak bermakna mereka menyembah kucing.

3. Menjadi Tanda Raja Aman Dalam Kuasanya

Jika anda perasan, terdapat banyak mumia kucing ditemukan di kuil-kuil Mesir. Haiwan ini dijadikan alam penimbang baik dan buruknya sebuah doa. Selain itu, kucing besar menjadi tanda raja kuat dalam kuasanya dan percaya pada diri dalam mengatasi segala masalah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!