Walaupun Dicakar Kucing, Adik Adam Masih Tetap Mencintai Mereka );

Type to search

Cerita Haimeow

Muka Dicakar, Kepala Berbalut, Adik Adam Tetap Sayang Kucing Jalanan

Share
Dicakar

Begitulah kisah seorang budak berusia 9 tahun, Adam Harith yang berasal dari Nibong Tebal, Penang di mana mukanya dicakar kucing ketika dia sedang memegang si comel itu.

Luka tersebut agak teruk tetapi hatinya seakan redha dan tidak menyimpan perasaan dendam terhadap kucing jalanan itu.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan kucing berkenaan datang menghampiri kucing peliharaanya di hadapan rumah. Secara spontan Adam memegang kucing jantan tersebut menyebabkan dia dicakar di bahagian muka.

Menerusi paparan perkongsian di facebook milik ibu Adam Harith, beliau menyatakan bahawa anaknya kini semakin sembuh setelah dibawa ke klinik kesihatan untuk mencuci luka.

Lebih mengejutkan, adik Adam tidak menunjukkan rasa fobia atau takut untuk mendekati kucing.

“Anak bertuah sungguh..walaupun muka dah teruk kena cakar dek kucing.. Adam tetap nak sayang kucing juga.. walaupun sakit tetap punya kasih dan sayang pada kucing,” kata ibunya Achiek Lieya

Adam juga sempat berpesan pada ayahnya supaya tidak memukul kucing jalanan yang mencakarnya.

Dicakar

Secara harfiah, kucing ‘merempat’ di jalanan ini agak dominant sedikit dan sentiasa berwaspada untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman.

Jadi mungkin kucing itu mencakar kerana menganggap gerak tubuh adik Adam seolah menakutkannya. Kucing kalau dah gelisah atau panik memang sentiasa ingin melepaskan diri dari dipegang.

Usahlah kita tunding jari menyalahkan haiwan comel berkaki dua ini kerana ianya sudah menjadi kebiasaan kucing bertindak di luar kawalan sekiranya terkejut atau terancam.

Apa-apa pun kami dari pihak HaiMeow ingin mendoakan bahawa adik Adam cepat sembuh dari luka dan terus menyayangi kucing serta melindungi haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini.

 

Baca juga: Tips nak jinakkan kucing liar

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!