Murid Bawak Kucing Ke Sekolah Untuk Subjek Sains, Cikgu Pening Kena Tolong Jagakan );

Type to search

Cerita Haimeow

Murid Bawak Kucing Ke Sekolah Untuk Subjek Sains, Cikgu Pening Kena Tolong Jagakan

Share
murid

Murid sekolah rendah memang banyak ragamnya. Guru yang mengajar di sekolah rendah pasti tidak kering gusi dengan telatah lucu anak didikan yang pastinya menceriakan hari-hari mereka.

Kadang-kadang telatah mereka itu tak boleh nak jangka sampaikan pening si guru dibuatnya.

Contohnya tular di media sosial eorang guru ini yang terpaksa menjaga kucing anak muridnya yang ‘diseludup’ ke sekolah.

Menurutnya sebuah video yang dikongsi @isfiefaraulah di TikTok, guru tersebut yang mengajar matapelajaran sains mengarahkan pelajarnya itu untuk membawa si comel untuk mempelajari tentang organ pernafasan haiwan.

Mungkin beranggapan bahawa kucingnya juga dikategorikan sebagai haiwan kecil, murid berkenaan bertindak membawa haiwan peliharaannya itu ke sekolah….. diletakkan di dalam beg sekolah berwarna merah jambu.

Ternyata gelagat lucu itu mendapat perhatian guru-guru di sekolah tersebut yang terhibur dengan kemunculan kucing di dalam kelas.

Guru tersebut kemudiannya membawa kucing tersebut ke bilik guru dan menjaganya sementara menunggu ibu murid tersebut membawa pulang kucing tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lucu si kecil itu.

murid
Gambar hiasan
@isfiefaraulah

Budak bawak kucing ke sekolah..cikgu pening

♬ original sound - Khairultbh
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!