'Purrfect Rescue' - Navy Thailand Ini Bertarung Nyawa Selamatkan 4 Anak Kucing Dari Bot Terbakar );

Type to search

Cerita Haimeow

‘Purrfect Rescue’ – Navy Thailand Ini Bertarung Nyawa Selamatkan 4 Anak Kucing Dari Bot Terbakar

Share
navy thailand

Siapa sangka, Anggota Tentera Laut atau Navy Thailand ini sanggup berenang menyelamatkan anak-anak kucing dari bot yang terbakar di tengah laut.

Beberapa gambar yang menunjukkan Navy Thailand ini bergegas menyelamatkan haiwan yang tersangkut di bot karam di Laut Andaman kini menjadi viral.

Seaman Thatsaphon Saii, 23, adalah salah seorang Navy yang berjaya menyelamatkan empat kucing tersebut.

Menurut laporan The Thaiger, Saii memasukkan tiga anak kucing ke dalam karung beras lama dan seekor lagi anak kucing memikulnya di bahu sebelum berenang kira-kira 50 kaki.

bot terbakar
bot terbakar
4 anak kucing

Saii memberitahu saluran berita tempatan bahawa,

“Ketika kami tiba, misi utama adalah untuk menyelamatkan bangkai kapal dan memeriksa tumpahan minyak. Tetapi kami perhatikan ada anak-anak kucing di atas kapal. Ketakutan.

“Saya segera menanggalkan baju saya dan memakai jaket keselamatan supaya saya dapat melompat ke laut. Api di bahagian belakang kapal sudah mulai marak, jadi saya tahu saya harus cepat. Saya sangat lega kerana kami dapat menyelamatkan kesemua anak kucing. “

Dari gambar, jelas kesemua anak kucing itu berterima kasih kerana ada juga manusia yang sanggup menyelamatkan mereka. Syukur, semua anak kucing itu baik-baik saja.

navy

Artikel Berkaitan: Kelakuan Aneh Kucing Selamatkan Keluarga di Mersing Daripada Ular Sepanjang 2.5 Meter

navy
navy

Walaupun berlaku trauma, anak-anak kucing tersebut hanya mengalami dehidrasi dan tidak ada kecederaan yang dilaporkan.

Berita tempatan itu juga melaporkan bahawa kesemua anak kucing akan dijaga di pejabat tentera laut sehingga mereka mendapat rumah yang ingin diadopsi.

Penulis juga ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Hero Si Bulus ini kerana berani menyelamatkan kesemua anak kucing tanpa satu pun tertinggal. Kudos kepada Saii.

[Sumber: The Thaiger]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!