Nelayan Selamatkan Anak Kucing Bawah Jambatan Pulau Pinang, Dipercayai Mangsa Khianat Individu Tidak Bertanggungjawab );

Type to search

Cerita Haimeow

Nelayan Selamatkan Anak Kucing Bawah Jambatan Pulau Pinang, Dipercayai Mangsa Khianat Individu Tidak Bertanggungjawab

Share
Nelayan selamatkan anak kucing

Media sosial semalam gempar selepas sebuah video aksi penyelamatan seekor anak kucing di bawah Jambatan Pulau Pinang tular, dipercayai dibaling dari atas jambatan

Menurut video yang dikongsikan di Facebook Penang Public Fishing Club – PPFC, seorang nelayan  berjaya menyelamatkan anak kucing berwarna hitam itu menggunakan penyauk ikan.


Baca Juga: Warga Emas Di Perak Belanja RM2,000 Sebulan Jaga Lebih 100 Kucing Dan Anjing Jalanan


Menurut pengguna Facebook tersebut, kejadian dilaporkan berlaku berhampiran tiang bernombor 67, Jambatan Pulau Pinang pertama.

Saksi memberitahu bahawa dia melihat kucing itu dicampak daripada atas jambatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Mereka kemudian membawa kucing malang itu ke Jeti Pak Long, Batu Uban dan ia kelihatan berada dalam keadaan ketakutan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang pemandu bot pelancong yang dikenali sebagai Sobri Karim, 36, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang nelayan untuk membantu membawa anak kucing itu ke jeti untuk diselamatkan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Nelayan yang sedang memancing tersebut kemudiannya terus membawa naik haiwan tersebut dengan menggunakan penyauk ikan. 

“Saya terus  ke lokasi penemuan anak kucing itu sejurus menerima panggilan membantu membawa anak kucing itu pulang ke jeti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Orang ramai merakamkan penghargaan kepada tersebut yang berhati mulia menyelamatkan kucing tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!