Gadis Ini Terkunci Dari Luar, Oyen Tunjukkan Kehebatan Buka Tingkap Selamatkan Tuannya );

Type to search

Cerita Haimeow

Gadis Ini Terkunci Dari Luar, Oyen Tunjukkan Kehebatan Buka Tingkap Selamatkan Tuannya

Share
Oyen buka tingkap

Kucing oren atau lebih dikenali sebagai oyen sememangnya terkenal dengan perangai nakal dan suka membuat masalah.

Tetapi, kadang kala, ia boleh boleh memberi pertolongan ketika kita betul-betul memerlukannya.


Baca Juga: Macam Tom & Jerry Dalam Dunia Sebenar, Netizen Tertarik Gelagat Kucing Dan Tikus Berkawan Baik


Seekor kucing oren baru-baru mencuri perhatian netizen apabila membantu membuka tingkap untuk tuannya yang terkunci dari luar bilik.

Pengguna TikTok @ini_iren berkongsi cara kucingnya itu membuka tingkap dalam satu video tular.

Menurut gadis tersebut, dia tidak dapat masuk ke dalam setelah pintu biliknya terkunci dari dalam dan kucingnya yang bernama Kenzo itu juga terkurung bersendirian di dalam bilik berkenaan.

Katanya, setelah sejam tidak dapat masuk ke bilik, dia pergi ke bahagian tingkap biliknya dan memanggil kucingnya itu untuk mengajarnya cara membuka tingkap.

Setelah beberapa kali mencuba, kucing oyen itu akhirnya berjaya untuk membuka tingkap tersebut.

Video tersebut berjaya meraih 5.8 juta tontonan dan 879,000 likes dan rata-rata netizen memuji kebijaksanaan oyen di ruangan komen video tersebut.

Tags:

You Might also Like

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!