Oyen Buat Hal Lagi! 'Buli' Seorang Gadis Suruh Bawa Bersiar-siar Naik Motor );

Type to search

Cerita Haimeow

Oyen Buat Hal Lagi! ‘Buli’ Seorang Gadis Suruh Bawa Bersiar-siar Naik Motor

Share
Oyen buli gadis

Kalau dah namanya ‘oyen’, pasti ada saja hal atau masalah yang ditimbulkan.

Pasti ramai yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan oyen atau pernah menjadi ‘mangsa’ kenakalan kucing ini, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kucing ini di rumah.

Dalam sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini, seorang gadis berkongsi pengalamannya ‘dibuli’ oleh oyen apabila dipaksa untuk membawa kucing itu bersiar-siar dengan motor.

Menurut gadis itu, pada mulanya dia hanya memberi makan kepada kucing itu

“Lepas tu I nak balik dia nak ikut, dia tak kasi I pegang dia,” kata gadis itu sambil menunjukkan oyen yang sedang duduk di atas kerusi motornya.

Gadis tersebut cuba untuk menghalau kucing itu turun dari motornya untuk pulang tetapi kelihatan oyen melawan dan berang apabila disuruh turun.

Selepas dibawa bersiar-siar, barulah kucing itu dengan rela hati turun dari motor berkenaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!