Kalau dah namanya Oyen, pasti macam-macam hal dan masalah yang dicetuskan.
Kenakalan kucing oren sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Setiap hari, pasti ada perbuatan nakal yang dilakukan sehingga mendapat reputasi sebagai kucing paling nakal.
Baca Juga: Gadis Ini Terkunci Dari Luar, Oyen Tunjukkan Kehebatan Buka Tingkap Selamatkan Tuannya
Baru-baru ini, Oyen sekali lagi menggemparkan media sosial apabila dirakam mencuri oleh jirannya.
Dalam satu video tular di TikTok @ikasahida, seorang gadis yang sedang berada di halaman rumahnya didatangi oleh kucing oren jirannya yang bernama Omi.
Dengan ‘selambanya’, Omi datang dan mencuri mainan kucing gadis itu dan dengan pantas melarikan diri.
Gadis itu kemudian cuba mengejarnya dan merayu supaya memulangkan kembali mainan kucingnya itu.
Tidak menghiraukan rayuan gadis tersebut, Omi terus membawa lari mainan tersebut masuk ke dalam rumahnya, yang hanya terletak di hadapan rumah gadis itu.
Video berkenaan mendapat hampir satu juta tontonan dan lebih 100,000 likes dengan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut yang mencuri daripada jirannya.
@ikasahida Oyen buat hal 🤣 Kucing jiran ni nakal betul la 🤣 nasib comel . and benda tu jiran pun dah pulangkan dah 🤣 hahahaha
♬ original sound - Atyka__