Sibuk Nak Makan Juga, Oyen Gangster Selamba Lempang Geng Singa Laut Sedang Menikmati Masa Makan );

Type to search

Cerita Haimeow

Sibuk Nak Makan Juga, Oyen Gangster Selamba Lempang Geng Singa Laut Sedang Menikmati Masa Makan

Share
Oyen

Kucing berwarna oren atau lebih dikenali sebagai oyen sememangnya dikenali sebagai kucing yang paling nakal, gangster dan tidak gentar akan apa-apa makhluk sekalipun.

Sesiapa sahaja yang berdepan dengan oyen pasti akan tunduk dengannya walaupun mereka lebih besar daripadanya.


Baca Juga: “Bukan Macam Tu Lah, Meh Kita Ajar” – Tak Sabar Tengok Budak Tak Reti Buka Pintu, Kucing Tunjuk Cara Yang Betul


Baru-baru ini, tular satu video sekumpulan singa laut yang sedang menikmati masa makan dilempang dengan selamba oleh seekor kucing oren.

Dalam video yang dimua naik pengguna TikTok @forbidden_kingdom_ tersebut, kucing oren itu dilihat turut mahu mendapatkan makanan yang dicampak penjaga kolam singa laut tersebut.

Berang keranan tidak berjaya mendapatkan makanan tersebut, ia bertindak menampar beberapa ekor singa laut berkenaan.

Salah seekor singa laut juga dilihat terus melarikan diri ke dalam kolam dengan pantas selepas berjaya mendapatkan makanan, mungkin kerana takut dilempang oleh oyen.

@forbidden_kingdom_ Cats and sea lions rob small fish.......however didn't eat any of fish......#Cat #tiktok ♬ 原聲 - stones

Baca Juga: Lihat Gelagat Kucing Ini Pura-Pura Tak Bersalah Lepas Jatuhkan Kipas, Siap Berlakon ‘Confuse’ Lagi Depan Tuannya 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

7 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!