Netizen Terkejut Oyen Selamba Lepak Dalam Kandang Singa, Siap Kongsi Makanan Lagi );

Type to search

Cerita Haimeow

Netizen Terkejut Oyen Selamba Lepak Dalam Kandang Singa, Siap Kongsi Makanan Lagi

Share
Oyen singa

Selain dikenali dengan kenakalannya dan sentiasa mendatangkan masalah, kucing oren yang lebih dikenali sebagai oyen juga sememangnya adalah kucing yang ‘gangster’.

Ia tidak takut kepada apa-apa dan sentiasa berani berhadapan dengan sesiapa ataupun apa-apa haiwan sekalipun.


Baca Juga: Rakaman CCTV tunjukkan Kucing Hampir Diculik Depan Rumah, Mujur Ia Pandai Lawan Dan Lepaskan Diri


Namun ramai yang tidak menyangka ada oyen yang berani tinggal bersama dengan ‘saudara’nya yang lebih besar dan berbahaya, iaitu singa.

Tular satu video di TikTok @beertalibaax yang menunjukkan kucing oren selamba duduk bersama-sama singa di dalam sebuah kandang.

Bukan itu saja, apa yang mengejutkan adalah, ia juga turut berkongsi makanan dengan singa tersebut.

Namun, bukan seekor oyen sahaja yang berada di kandang itu. Dalam video berlainan terdapat seekor lagi kucing sama berada di dalamnya dengan seekor lagi singa lain.

Apa yang mengagumkan, kedua-dua ekor singa itu tidak kisah dengan kedua-dua ekor kucing oren itu seolah-olah mereka adalah kawan.

@beertalibaax

Lion 🦁 berta libaax 🔥

♬ Laughing - Gianluca Marino
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!