Kehebatan Oyen Main Permainan 'Red light green light' Seperti Dalam Squid Game Buat Warganet Terpukau );

Type to search

Cerita Haimeow

Kehebatan Oyen Main Permainan ‘Red light green light’ Seperti Dalam Squid Game Buat Warganet Terpukau

Share
Kucing oyen main squid game

Drama survival Korea Selatan, Squid Game baru-baru ini mencipta fenomena di seluruh dunia selepas mendapat sambutan yang luar biasa oleh peminat drama bersiri. oyen

Ia turut mencipta sejarah apabila menjadi drama paling banyak ditonton di Netflix.

Populariti drama tersebut bukan sahaja dinikmati oleh golongan manusia, tetapi nampaknya kucing juga ‘layan’ drama tersebut.

Sebuah video baru-baru ini tular menunjukkan seekor kucing oren bermain salah satu permainan dalam Squid Game, ‘Red light green light‘ bersama tuannya.

Video yang dimuatnaik pengguna TikTok, @sarah.andre1 itu mendapat perhatian netizen kerana kehebatan oyen bermain permainan itu.

Ramai yang memuji pergerakan kucing itu yang begitu pandai berhenti ketika tuannya menoleh ke belakang.

Malah, ada yang berkata kucing itu akan menjadi juara jika menyertai Squid Game.

Baca Juga: Sibuk Nak Makan Juga, Oyen Gangster Selamba Lempang Geng Singa Laut Sedang Menikmati Masa Makan


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!