Leka Makan Treats Sampai Tikus Terlepas, Oyen Menangis Meraung Terkenang Mangsa Larikan Diri );

Type to search

Cerita Haimeow

Leka Makan Treats Sampai Tikus Terlepas, Oyen Menangis Meraung Terkenang Mangsa Larikan Diri

Share
oyen

Jika kita sudah bersusah-payah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan kemudian ia terlepas begitu sahaja, pasti kita akan berasa sangat sedih kan? OYEN

Begitulah perasaan seekor kucing yang terlepas mangsanya akibat kelalaiannya sendiri.


Baca Juga: Akibat Tak Menyahut Panggilan, Kucing Ini Diseret Anjing Bawa Menghadap Pemiliknya


Dalam satu video yang tular di TikTok @cat_dog.story, seekor kucing oren baru sahaja menangkap seekor tikus.

Ia kemudian melihat tuannya membuka bungkusan treats di hadapannya, dan serta merta melepaskan tikus itu sebentar untuk menikmati treats tersebut.

Mungkin oyen menyangka tikus itu sudah lemah dan tidak mampu bergerak lagi, ia menikmati treats dengan khusuknya dan tidak memberi perhatian kepada mangsanya itu.

Rupa-rupanya, tikus tersebut masih lagi bertenaga dan mengambil peluang atas kelalaian oyen untuk melarikan diri.

Selepas tersedar tikus berkenaan lari, oyen cuba untuk mengejarnya kembali namun gagal.

Ia akhirnya menangis dan meraung selepas menyedari tikus itu sudah selamat melarikan diri.

Baca Juga: Gelagat Kucing ‘Masuk Air’ , Tapi Pura-Pura Baik Bila ‘Mak’ Lalu, Kemudian Buat Perangai Semula


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!