Kalau dah namanya ‘oyen’, pasti ada saja hal atau masalah yang ditimbulkan.
Kenakalan kucing oren sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Setiap hari, ada sahaja kisah mengenai kucing oren yang bukan sahaja melucukan, tetapi juga boleh bikin pening dibuatnya.
Baca Juga: Rakaman CCTV tunjukkan Kucing Hampir Diculik Depan Rumah, Mujur Ia Pandai Lawan Dan Lepaskan Diri
Baru-baru ini, telatah seekor kucing oren sekali lagi memeningkan kepala, kali ini bagi sepasukan anggota bomba.
Dalam satu video yang tular di TikTok @syedkhairul769 pada 12 Disember lalu, kucing oren tersebut kelihatan tersekat di tengah-tengah penutup longkang konkrit di hadapan sebuah premis.
Pemuda itu yang berada di tempat kejadian tidak dapat mengeluarkan kucing tersebut dan terpaksa memanggil bomba bagi menyelamatkannya.
Sepasukan anggota bomba kemudian tiba di lokasi dan memulakan operasi menyelamatkan oyen.
@syedkhairul769 Oyen oyen. kau buat hal la. dah kena panggil abam Bomba tolong keluar kan dari lubang tu.
♬ original sound - Sy Khairul (Money, Property)
Mereka terpaksa memecahkan sedikit penutup longkang itu menggunakan alatan khas bagi mengeluarkan kucing itu.
Setelah beberapa ketika, anggota bomba berkenaan akhirnya berjaya menyelamatkannya.
@syedkhairul769 Usaha menyelamat si oyen
♬ original sound - Sy Khairul (Money, Property)