Kucing Oyen Tewas Di Tangan Kucing Kelabu? Kerana Ketakutan, Almari Tinggi Pun Sanggup Diredah );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Oyen Tewas Di Tangan Kucing Kelabu? Kerana Ketakutan, Almari Tinggi Pun Sanggup Diredah

Share
almari

Kucing Oyen cukup terkenal dengan sifat dan kelakuannya yang ganas dan ditakuti oleh kucing-kucing lain.

Malah, pelbagai musibah dan kekacauan juga kerap berpunca daripada si comel ini yang sering digelar ‘abang kawasan’ oleh pencinta kucing di luar sana.

Namun perkongsian pada kali ini, penulis ingin menunjukkan sebuah video yang tular di tiktok di mana si oyen pula yang menjadi mangsa buli kucing lain.

 

Video berdurasi 42 saat ini mendapat jumlah tontonan seramai dua puluh sembilan ribu di laman tiktok cutepetshow.

Berdasarkan video berkenaan, jelaslah bahawa si oyen sedang dalam ketakutan dan almari dijadikan kubu pertahanan sementara.

Walaubagaimanapun, kucing kelabu yang gagal menahan kemarahan, dilihat pantas menerjah si oyen yang berada di atas almari.

almari

Walaupun begitu, penamat video ini agak kurang memuaskan kerana pergaduhan mereka tidak dirakam sepenuhnya.

Agaknya apa la kesudahan video itu ye.. Si oyen tewas ataupun menang?

 

Baca: Pelukis Reka Semula 6 Gambar Kucing Menjadi Gadis Anime
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!