Buat Macam Mak Sendiri, Oyen Junior Selamba 'Tumpang' Minum Susu Anjing Dan Bergaduh Dengan Anaknya

Type to search

Cerita Haimeow

Buat Macam Mak Sendiri, Oyen Junior Selamba ‘Tumpang’ Minum Susu Anjing Dan Bergaduh Dengan Anaknya

Share
Oyen curi susu anjing

Kucing berwarna oren atau lebih dikenali dengan panggilan oyen sememangnya mempunyai reputasi sebagai kucing yang nakal dan suka menimbulkan masalah. Tidak salah jika dikatakan bahawa kucing oren adalah ‘abang long’ bagi semua kucing di dunia.

Sifat nakal itu bukan sahaja terbatas untuk kucing oren dewasa, tetapi sejak masih kecil lagi mereka memang telah mewarisi sifat tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seekor anak kucing oren ‘menumpang’ untuk minum susu seekor anjing yang sedang menyusukan anak-anaknya.

Sedang si ibu anjing menyusukan anak-anaknya, kucing itu tiba-tiba datang dan menyertai mereka tanpa rasa malu walau sedikit pun.

Bukan itu sahaja, kucing itu turut membawa rakannya untuk turut serta sehinggakan salah seekor daripada anak anjing tersebut terpaksa mengalah.

Setelah kantoi dengan anak anjing tersebut, oyen tetap tidak mahu mengaku salah dan terlibat dalam satu pergaduhan comel bersama anak anjing tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!