Niat Nak Tunjuk 'Cute', Oyen Hampir Jatuh Longkang Tapi Nasib Baik Dapat 'Cover' );

Type to search

Cerita Haimeow

Niat Nak Tunjuk ‘Cute’, Oyen Hampir Jatuh Longkang Tapi Nasib Baik Dapat ‘Cover’

Share
oyen

Antara tanda-tanda kucing teruja bertemu dengan kita adalah dengan merebahkan badannya apabila melihat kita.

Tetapi kadang-kadang keterujaan mampu mengundang malapetaka yang tidak dijangka.

Sebuah video TikTok baru-baru ini tular gara-gara gelagat lucu seekor oyen yang hampir-hampir masuk ke longkang kerana cubaan untuk tunjuk comel.

Kucing tersebut yang melihat ada manusia yang menuju ke arahnya kemudian merebahkan diri, teruja untuk menunjukkan kecomelannya.

Namun, ia hampir-hampir mandi longkang ketika memusingkan badannya, tetapi tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan diri.

Mungkin malu dengan kejadian tersebut atau marah kerana digelakkan, kucing tersebut kemudian berjalan berlalu pergi.

Tetapi setelah memastikan tiada longkang berdekatan di bahagian hadapan, oyen berjaya melakukan aksi comel yang mahu dilakukannya 

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!