Tular Pak Cik Jual Kucing Berharga RM800, Dikritik Oleh Warganet );

Type to search

Cerita Haimeow

Tular Pak Cik Jual Kucing Berharga RM800, Dikritik Oleh Warganet

Share
pak cik

Seorang pak cik yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kritikan ramai apabila didakwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

BACA: 154 Kucing Akan Dimatikan Selepas Dijumpai Dalam Operasi Penyeludupan Haiwan, Cetus Kemarahan Rakyat Taiwan

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” antara komen warganet.

screenshot
Tangkapan skrin beberapa warganet yang menyifatkan kucing itu tidak dilayan dengan baik oleh tuannya.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan.

“Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

“Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kemalangan,” katanya hari ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, warganet meluahkan rasa geram akan tindakan pak cik tersebut yang dikatakan ‘mendera’ haiwan tersebut kerana membiarkan duduk dengan cuaca panas.

Warganet juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan atas perkara yang tidak berperikemanusian ini.

[Sumber: Kosmo!]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!