Pasar Awam Tanjung Rambutan Bakal Menjadi Taman Kucing Jalanan );

Type to search

Cerita Haimeow

Pasar Awam Tanjung Rambutan Bakal Menjadi Taman Kucing Jalanan

Share
tanjung rambutan

Berita baik buat warga di Perak, dengar khabar taman khas buat kucing jalanan bakal di buat di Pasar Awam Tanjung Rambutan bagi mengekang kucing dibuang di kawasan tersebut.

Inisiatif yang diambil oleh ADUN Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad itu sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah kebersihan disebabkan najis kucing yang ditinggalkan di situ.

Baca juga: Melawat Taman Kucing & Menginap di Homestay, Tarikan Menarik di Mesilou Cat Village, Kundasang

Beliau telah kemukakan cadangan taman berkenaan kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk pertimbangan.

Menerusi laporan Sinar Harian, dianggarkan hampir 100 ekor kucing jalanan berada di pasar awam berkenaan namun pihak MBI membuat tangkapan secara berkala bagi mengawal jumlah kucing tersebut.

Gambar hiasan.

Katanya, pihaknya juga bersedia memberi komitmen termasuk dari aspek peruntukan bagi menguruskan taman berkenaan.

“Setakat ini, ada dua NGO yang datang kepada kita dan menawarkan diri. Kita akan cadangkan mereka kepada MBI dan sebarang keputusan tertakluk kepada perbincangan antara mereka.

“Sekiranya taman ini berjaya dibina, ia akan menjadi taman pertama untuk kucing di dalam pasar di daerah Kinta,” katanya.

Hai Meow juga tak sabar hendak tunggu taman kucing di buka di Pasar Tanjung Rambutan, boleh berjumpa anak-anak bulus di sana~

[Sumber: Sinar Harian]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!