[VIDEO] Gara-Gara Pemilik Bawa Pulang Kucing Lain, Si Meow Protes Duduk Dalam Periuk Nasi );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Gara-Gara Pemilik Bawa Pulang Kucing Lain, Si Meow Protes Duduk Dalam Periuk Nasi

Share
pulang

Kucing merupakan seekor haiwan yang bersifat manja dan juga setia pada tuannya lebih-lebih lagi jika mereka dibesarkan dari kecil hingga ke besar oleh pemilik yang sama.

Namun begitu, si meow juga boleh memiliki perasaan iri hati dan cemburu sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak digemari berlaku terhadapnya.

Seperti video yang dikongsikan di laman Tiktok di bawah, jelas menunjukkan si meow ini berasa sangat cemburu dan marah terhadap tuannya kerana membawa pulang kucing lain sebagai haiwan peliharaan di rumah.

 

Meskipun kucing tersebut masih kecil dan boleh dikategorikan sebagai anak kucing, si meow yang kelihatan marah terus menerpa dan mencakar anak kucing tersebut.

Paling mencuit hati apabila si meow yang masih marah dengan tindakan pemiliknya itu menunjukkan tanda protes dengan duduk di dalam periuk nasi.

pulang

Meskipun kelihatan agak sempit, namun ruang kecil itu tetap dipenuhi oleh si meow tanpa rasa serba salah.

Tidak cukup dengan itu, si meow yang kemudiannya telah keluar dari ruangan sempit itu dilihat seakan-akan mula menerima kehadiran anak kucing tersebut di rumah.

Namun tanggapan itu sama sekali tidak benar kerana si meow tetap marah dan sentiasa mencuba untuk menerkam ke arah anak kucing berkenaan.

 

Tidak cukup dengan itu, tuan pemilik juga turut dicakar pada penghujung perkongsian video ini.

 

pulang

Situasi ini sememangnya satu perkara yang biasa dilalui oleh mana-mana individu yang membawa pulang kucing lain ke rumah.

Maklumlah, dari kecil hingga ke besar si meow sudah terbiasa dimanjakan berseorangan, tiba-tiba ada kucing lain yang mahu berkongsi kasih sayang pula… Mesti la marah si meow kan!

Sekiranya anda berhasrat untuk berbuat demikian, nasihat penulis sorokkan periuk nasi terlebih dahulu.

Takut nanti si meow protes dan tidur di situ pula!

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Tular Pak Cik Jual Kucing Berharga RM800, Dikritik Oleh Warganet

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!