Simpati Nasib Si Meow Ketika Banjir, Pemilik Kedai Ini Berikan Pasir Kucing Secara Percuma Pada Semua Pelanggan );

Type to search

Cerita Haimeow

Simpati Nasib Si Meow Ketika Banjir, Pemilik Kedai Ini Berikan Pasir Kucing Secara Percuma Pada Semua Pelanggan

Share
pasir

Situasi banjir yang dialami penduduk di Selangor dan Pahang ketika ini sememangnya satu ujian yang besar dihadapi oleh mereka.

Barangan rumah, kereta dan makanan semuanya hanyut dibawa air hujan yang turun tanpa henti.

Tidak dilupakan, haiwan kucing juga merupakan antara hidupan yang terkesan dengan pasca banjir ini apabila segala keperluan mereka terputus dan terhenti sama seperti kita.

pasir

Prihatin dengan masalah ini, seorang pengusaha kedai barangan kucing di Sri Muda Shah Alam bertindak memberikan kesemua pasir kucing secara percuma pada mereka yang memerlukan.

 

Difahamkan, pemberian tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif mereka untuk turut sama bersedekah pada mereka yang terkesan dalam bencana kali ini.

Meskipun sumbangan yang diberikan hanyalah berupa pasir kucing, diharap ianya mampu meringankan beban buat mereka yang memiliki haiwan peliharaan kucing di rumah.

Bagi mereka yang memerlukan, boleh la datang ke kedai Cinta Mama Pets yang terletak di Puchong Selangor.

pasir

Diharap ianya mampu meringankan beban pemilik kucing di luar sana. Selesai banjir mereka yang terkesan pastinya mengalami kerugian besar daripada segi kewangan dan berangan keperluan.

Kalau kita pun dah terbeban, apatah lagi nasib si meow kan?

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: [VIDEO] Tertimbus Lumpur Panas Akibat Letusan Gunung Semeru, Kucing Ini Masih Lagi Bernyawa

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!