[VIDEO] “Sedih Tak Terkata” Reaksi Pemuda Ini Menangis Meratapi Kematian Kucingnya, Sentuh Hati Warganet );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO]“Sedih Tak Terkata” Reaksi Pemuda Ini Menangis Meratapi Kematian Kucingnya, Sentuh Hati Warganet

Share
pemuda

Kematian merupakan satu detik yang paling sukar untuk diterima buat mana-mana insan di muka bumi ini.

Tidak kiralah sama ada ianya hidupan manusia ataupun haiwan, situasi getir ini pastinya akan diiringi dengan air mata yang mengalir membasahi pipi.

Situasi ini boleh digambarkan melalui perkongsian video Facebook di bawah apabila pemuda ini meratapi pemergian kucing kesayangannya dengan penuh tangisan dan kesedihan yang tidak dapat dibendung.

 

Akibat termakan racun tikus, si meow yang lebih manja dipanggil pak tam menunjukkan reaksi kejung dan sawan selang 5 minit selepas kesan racun berkenaan.

Masih boleh bernafas, pemuda tersebut yang merupakan si pemilik kucing terus menekan dan mengepam dada pak tam tanpa henti bagi mengembalikan semula tahap pernafasan si meow yang kian parah.

Tidak berputus asa, pemuda berkenaan terus ke klinik vet berhampiran bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

 

 

Walaubagaimanapun, usaha dan harapan yang dibawa menunjukkan jalan buntu apabila doktor mengesahkan pak tam tidak dapat diselamatkan akibat kesan racun tikus yang terlampau cepat merebak.

Melihatkan situasi tersebut, ianya nyata amat sukar untuk diterima oleh pemuda berkenaan apabila telah menganggap kucing kesayangannya itu sebagai ahli keluarganya sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul

Demikian merupakan peribahasa yang sesuai digambarkan melalui pemergian pak tam yang amat menyayat hati.

Turut mengundang perhatian warganet, ruangan komen di Facebook telah dihujani dengan kata-kata sedih dan terharu akibat daripada perkongsian video berkenaan.

pemuda

pemuda

 

“Faham perasaam tu, kita pun pernah hilang kucing yang kita sayang”

 

pemuda

Tidak dinafikan bahawa hubungan baik antara manusia dan kucing sememangnya boleh dianggap seperti sebuah keluarga yang akrab.

Segala tangisan, gelak tawa dan gurau senda pastinya akan dilalui sepanjang tempoh perkenalan dengan si meow.

Oleh itu, hargailah masa bersama kucing anda dan sama-sama lah kita jadikan video di atas sebagai contoh kasih sayang yang perlu dipupuk pada seekor kucing.

 

[Sumber: facebook]

 

Baca Juga: “Macam Adik-Beradik Bergurau Bercakar” Gurauan Mesra Kanak-Kanak & Oyen Buat Warganet Cair”

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!