[VIDEO] “Mata Tiba-Tiba Masuk Habuk” Pemuda Ini Sujud Syukur Sebaik Jumpa Semula Kucingnya Yang Hilang );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “Mata Tiba-Tiba Masuk Habuk” Pemuda Ini Sujud Syukur Sebaik Jumpa Semula Kucingnya Yang Hilang

Share

Buat pemilik kucing di luar sana, anda pasti mengerti betapa peritnya perasaan apabila si bulus kesayangan hilang dari pantauan kita secara tiba-tiba.

Manakan tidak, makanan dan tempat tinggal semuanya telah tersedia tapi si meow pula hilang dan berkemungkinan sesat di kawasan lain.

“Apa dia makan? Tidur mana? Kena kacau ke dia?” Merupakan antara persoalan yang pasti bermain di fikiran anda sekiranya berhadapan dengan situasi ini kan?

Situasi ini sesuai digambarkan menerusi perkongsian video di bawah yang melihatkan pemuda ini terlampau sedih dan meratapi kehilangan kucing kesayangannya.

Situasi bertambah rumit apabila kucing peliharaan beliau merupakan makhluk yang istimewa kerana bisu dan tidak boleh bersuara.

Situasi getir ini telah memaksa pemuda tersebut untuk keluar rumah dengan ‘berkaki ayam’ dan bergegas untuk mencari si meow dengan harapan masih berada di sekitar kawasan rumah.

Namun pencariannya hanyalah satu perkara yang sia-sia kerana kehilangan haiwan kesayangannya itu telah memaksa pemuda ini untuk mencari sehingga ke lewat malam.

 

Setelah berhempas pulas mencari si meow di merata tempat, pemuda ini akhirnya berjaya menemukan semula kucing ‘istimewanya’ di bawah kawasan perumahan pangsapuri beliau.

Yang paling menyentuh hati adalah apabila pemuda ini melakukan sujud syukur sebaik sahaja berjumpa semula dengan kucing kesayangannya itu.

hilang

Ruangan komen di Tiktok dibanjiri dengan pelbagai respon yang positif dan menyayat hati apabila menerima sebanyak 2.5 ribu komen netizen.

hilang

hilang

“Kehilangan haiwan peliharaan lebih sedih daripada kehilangan kekasih”

hilang

Ianya merupakan satu situasi yang sangat menyentuh hati dan sebagai pencinta kucing, semestinya akan dirasai oleh kita semua.

Harapan penulis, agar lebih ramai insan yang penyayang dan prihatin terhadap keselamatan haiwan kucing seperti pemuda ini.

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca: [VIDEO] “Geng Tak?” Reaksi Mesra Si Bapa Bertinju & ‘Kiss’ Dengan Meow Undang Tawa Netizen

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!