Wanita Bingung Selipar Kerap Hilang, Rakaman CCTV Kantoikan 'Pencuri' Berwarna Oren );

Type to search

Cerita Haimeow

Wanita Bingung Selipar Kerap Hilang, Rakaman CCTV Kantoikan ‘Pencuri’ Berwarna Oren

Share
Rakaman CCTV pencuri selipar

Seorang wanita bingung apabila selipar kepunyaan keluarganya yang diletakkan di luar rumah kerap hilang sehinggalah dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pengguna Twitter, @amyramrn yang tinggal di sebuah flat di Sengkang, Singapura berasa pelik kerana pencuri berkenaan hanya mencuri sebelah pasang sahaja.

“Pelik tak kami hanya kehilangan sebelah sahaja selipar sebanyak 4 kali dan kami tertanya-tanya mengapa pencuri itu hanya mengambil sebelah sahaja? Cuba teka? Kami akhirnya berjaya menangkap pencuri tersebut,” katanya dalam satu hantaran Twitter bersama video rakaman CCTV yang menunjukkan penjenayah tersebut.

Rakaman itu menunjukkan seekor kucing oren dengan selamba mengambil sebelah selipar di hadapan rumahnya dan berlalu pergi begitu sahaja.

Bercakap kepada Mothership, wanita yang dikenali sebagai Amirah itu berkata kejadian pertama berlaku pada akhir tahun 2020.

Ketika itu, dia tertanya-tanya mengapa pencuri tersebut hanya mengambil sebelah sahaja.

Tambahnya lagi, pencuri itu juga memiliki ‘taste’ yang tinggi dan hanya mencuri selipar berjenama seperti Vans, Adidas dan Puma.

Selepas kejadian keempat, keluarganya berasa berang dan membuat keputusan untuk melihat rakaman CCTV bagi menangkap pencuri berkenaan.

Katanya, mereka sekeluarga ketawa selepas berjaya mengenal pasti pelaku tersebut. Ternyata pencuri adalah seekor kucing oren milik jiran mereka.

Menurut jirannya itu, dia sedar kucingnya sering membawa pulang selipar tetapi tidak mengetahui siapa pemilik selipar-selipar tersebut. Jadi, dia akan meletakkan selipar-selipar yang telah dicuri itu di kawasan lif dengan harapan pemilik asal dapat mengambil kembali seliparnya.

Amirah turut berseloroh mengatakan bahawa kucing oren itu pernah menjadi ‘teman lelaki’ kepada kucing peliharaannya, dan ia mencuri kerana mahu membalas dendam terhadap bekas teman wanitanya itu. CCTV

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!