Persatuan Suara Haiwan Malaysia Cadang Tubuh ‘Polis Haiwan’ Untuk Basmi Kekejaman Pada Kucing );

Type to search

Cerita Haimeow

Persatuan Suara Haiwan Malaysia Cadang Tubuh ‘Polis Haiwan’ Untuk Basmi Kekejaman Pada Kucing

Share
pada

Persatuan Suara Haiwan Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan agensi ‘Animal Police’ bagi menangani kes berkaitan kezaliman terhadap haiwan terutamanya kucing yang semakin meningkat di negara ini.

Tidak dinafikan bahawa kucing sering menjadi mangsa kekejaman manusia dan kes kematian akibat kebuluran dan langar lari merupakan sesuatu yang tidak asing lagi.

Presidennya Nashriq Ismail Sabri berkata, pasukan pelindung haiwan itu akan berperanan sebagai ejen khusus bagi melindungi haiwan daripada dianiaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

pada

Animal Police juga akan mempunyai talian ‘helplinenya’ sendiri yang bertujuan memudahkan orang ramai membuat aduan agar tindakan dapat diambil dengan kadar segera.

“Buat masa ini walaupun ada pihak yang boleh dihubungi namun ia mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan haiwan yang didera atau dianiaya itu mati,” katanya.

pada

Sementara itu Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) menubuhkan taman kucing bagi memastikan kawasan tumpuan awam bebas daripada gangguan kucing jalanan.

pada

“Bila wujudnya taman kucing ini, haiwan comel ini boleh dijaga dengan baik terutama dari segi pemberian vitamin dan rutin penjagaan kebersihan harian, bahkan orang awam juga boleh menjaganya melalui permit yang diberikan,” katanya.

Pendapat penulis, ianya satu idea yang sangat baik dan harus direalisasikan bagi memelihara kesihatan dan kehidupan si meow.

Lepas ni jangan terkejut kalau kucing pun ada bodyguard, nanti kena masuk penjara sebab kes aniaya kucing, sia-sia je hidup kan?

 

[Sumber: malaysiakini]

 

Baca: DBKL Anjur Kempen Adopsi Kucing Serendah RM 15

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!