Hujung minggu lepas, kawasan Lembah Klang serta beberapa negeri lain dilanda bah sehingga menyebabkan banyak pusat pemindahan dibuka kepada mangsa banjir.
Namun begitu, bukan hanya manusia sahaja yang terjejas dengan bencana tersebut.
Haiwan peliharaan turut menjadi mangsa apabila ada yang terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat menyelamatkan diri.

Ramai sukarelawan yang prihatin datang membantu selamatkan haiwan peliharaan seperti kucing, dan anjing apabila menyedari hakikat ini.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki di dalam video ini
YA ALLAH ALHAMDULILLAH KUCING SELAMAT 😭😭 RUPANYA ADA BANYAK DALAM RUMAH TU 😭😭😭 https://t.co/jK9HBXYvMo pic.twitter.com/DYrBKN3D5Y
— aina (@mitzudiaries) December 19, 2021
Berbekalkan dengan hanya bot angin dan pendayung, lelaki tersebut dilihat bergerak ke tingkap sebuah rumah untuk mengambil beberapa ekor kucing yang terperangkap di situ.

Syukur kerana sebenarnya ada ramai lagi rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan di saat banjir melanda.
i cried for real omg thank you yang selamatkan kucing-kucing 😭 pic.twitter.com/Zl3SaM1dCm
— hidayah (@wittyhidayah) December 19, 2021
Allahu kucing adik aku ni dah semalam dia stuck dlm rumah sorang, Adik aku baru blk outstation. Smp je dia kat langat, dia redah banjir nak selamatkan kucing dia. Tapi kucing ni dia cepat takut n trauma. Lepas tu dia lari tah kemana 😢 area kg melaka batu 9 Hulu langat pic.twitter.com/rTmPo0qjZx
— Anies Aj (@AniesAj87) December 19, 2021
Doakan semoga owner2 kucing dapat selamatkan kucing mereka . #BanjirDarurat pic.twitter.com/Lfhpj8PEb6
— NYINYAU 🐈 (@KucingMY) December 19, 2021
Hai Meow ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi kalian semua. Kudos!
Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.
