"Kucing Ni Habis Bateri Ke" Reaksi Kucing Selebriti Ini Yang Duduk Diam Semasa Dibawa Berjalan Dikagumi Warganet );

Type to search

Cerita Haimeow

“Kucing Ni Habis Bateri Ke” Reaksi Kucing Selebriti Ini Yang Duduk Diam Semasa Dibawa Berjalan, Dikagumi Warganet

Share
ini

Kebiasaannya kucing akan sentiasa mencari peluang untuk lari ataupun meloloskan diri sebaik sahaja diberikan kebebasan.

Namun lain pula ceritanya apabila kucing selebriti ini dilihat begitu tenang ketika dibawa berjalan ke pusat membeli-belah.

Dikongsikan mnerusi akaun tiktok peribadi milik pelakon dan usahawan tanah air Nadiyah Shahab, ianya telah menerima seramai 449 ribu jumlah tontonan.

 

Cukup selesa dibawa ke mana sahaja, si bulus itu kelihatan saling tidak tumpah seperti bayi yang baik!

Manakan tidak, kebiasaannya ‘carrier bag’ itu hanya digunakan untuk bayi kecil ataupun kanak-kanak sahaja.

Kali ni kucing pula yang dipakaikan beg itu kan? Maka tidak hairan lah mengapa ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian dan lucu dari kalangan warganet.
ini

 

“Kucing macam abes bateri je baik nau”

 

ini

 

Ia sememangnya satu perkongsian yang dicemburui ramai kerana tidak banyak kucing yang bersikap baik dan sopan seperti itu.

Kalau la si meow dilahirkan dengan perangai baik seperti itu, silap-silap habis terjual laris ‘carrier bag’ di pasaraya kan?

Berebut-rebut orang nak bawa kucing peliharaan bersiar-siar dan sebagainya!

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: [VIDEO] Tidur Lena Walaupun Digoncang, Reaksi Kucing Ini ‘Tidur Mati’ Undang Tawa Warganet

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!