[VIDEO] “Geng Tak?” Reaksi Mesra Si Bapa Bertinju & ‘Kiss’ Dengan Meow Undang Tawa Netizen );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] “Geng Tak?” Reaksi Mesra Si Bapa Bertinju & ‘Kiss’ Dengan Meow Undang Tawa Netizen

Share
bapa

Kucing yang jinak kebiasaannya akan terbiasa dengan sebarang perlakuan dan tingkah laku yang dilakukan oleh tuan pemiliknya.

Tidak kiralah sama ada ianya berbentuk gurauan ataupun arahan, si meow pastinya akan bertindak normal dan patuh pada segala yang dipinta.

Situasi ini boleh digambarkan melalui perkongsian video Tiktok di bawah yang melihatkan seorang bapa yang sedang leka bermain dengan kucingnya yang begitu jinak patuh pada setiap arahannya.

Kasih sayang antara si meow dan bapa jelas terbukti apabila masing-masing berbalas ciuman antara satu sama lain dan menariknya, si meow seakan-akan sudah mengerti apabila pemiliknya mula membuat kiraan angka 1 hingga 5.

Macam faham je si meow ni yang tuan dia nak mintak kiss kan?

bapa

Tidak cukup dengan itu, si meow kemudiannya diajak bertinju ala-ala UFC pula oleh si bapa dan seperti yang dijangka, kedua-duanya begitu mesra berbalas tumbukan seperti ianya sudah menjadi rutin harian buat mereka.

 

Situasi yang mencuit hati ini jelas mengundang tawa netizen apabila ramai yang meluahkan rasa tertarik dan pujian di ruangan komen.

bapa

bapa

“Cerdik amat.. makan ubat pintar ke?”

bapa

Sememangnya satu kepuasan buat pemilik kucing apabila si meow begitu jinak dan manja dengan kita kerana perasaannya sama seperti dihargai dan disayangi oleh seseorang.

Kucing anda bagaimana pula, boleh ke bermesra-mesra seperti video di atas?

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Kantoi Merayap, Kucing Dituduh Ajar Budak Lari Rumah Ikut Lubang Pagar

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!